post Category: Berita Terkini post Comments (0) postFebruary 10, 2008

Video Making Contest Ad

post Category: Berita Terkini post Comments (0) postJanuary 1, 2008

Tech-Student

Design baju diatas merupakan design baju Tech-Student. Tempahan baju ini dibuka kepada semua pelajar SMTKL yang berminat. Pihak Tech-Com amat mengalakkan kepada ahli-ahlinya untuk membeli baju tersebut.

Tempahan akan dibuat selepas perayaan Tahun Baru Cina. M.T Tech-Com akan datang dari kelas ke kelas untuk mengambil nama. Sila berikan nama penuh, kelas dan saiz baju kepada pihak pengurusan.

Harga baju bagi lengan pendek, RM23 dan lengan panjang, RM26. Bayaran deposit RM10 akan dikenakan dahulu. Anggaran masa bagi baju ini siap dihasilkan dalam lingkungan satu atau dua minggu. Jika anda mempunyai pertanyaan, silalah berjumpa dengan salah seorang M.T Tech-Com.

post Category: Software post Comments (0) postDecember 29, 2007

Portable Adobe Photoshop CS3

Perisian Adobe memang popular didalam industri pengiklanan, multi media, seni visual dan bermacam-macam lagi. Kebanyakan perisian yang digunakan adalah Adobe Photoshop.

Perisian ini berupaya melakukan suntingan kepada gambar untuk menghasilkan imej yang lebih cantik malah mengagumkan. Perisian ini juga mampu mencipta hasil lukisan yang hebat mengikut kreativiti pengguna itu sendiri. Adobe Photoshop CS3 adalah perisian Adobe yang terbaru. Pelbagai fungsi dan menu telah ditambah untuk kegunaan pengguna.

Mengikut tajuk artikel pada kali ini dan juga artikel yang pertama untuk kategori Software. Tech-Com ingin berkongsi dengan ahli-ahlinya sebuah perisian Adobe Photoshop CS3.

Adobe Photoshop CS3 ini telah dijadikan didalam bentuk portable dan saiz bagi perisian tersebut hanya 48MB supaya pengguna mudah membawanya didalam pendrive. Sila gunakan pautan link dibawah untuk memuatturun perisian Adobe Photoshop CS3.

Link: Download

post Category: Berita Terkini post Comments (0) postDecember 22, 2007

Pada 26-30 November 2007 telah berlangsung Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2007 (NiCE 07) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bagi kategori sekolah sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan.

Pasukan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 serta dibimbing oleh guru-gurunya telah berjaya mendapat anugerah daripada hasil ciptaan mereka. Guru yang membimbing dan membantu pasukan tersebut adalah Puan Norjah Janudin dan Puan Norhayati Manap.

Keratan Berita Harian Sabtu, 1 Disember 2007.

Rekaan yang direka adalah sistem sensor ultrasonik membantu penunggang motosikal mengesan kenderaan yang berada kira-kira lima meter di belakang. Rekaan ini telah melayakkan para peserta untuk memenangi Anugerah Inovasi Negara 2007, kategori sekolah. Sekaligus, telah mengharumkan nama bumi bertuah kita, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dengan membawa pulang RM20 000 dan sijil penyertaan.

Hasil rekaan tersebut telah direka oleh Muhd Hafiz Mustafar selaku ketua bagi Tingkatan 5, dibantu oleh Nizomuddean Jawan, Muhd. Aqmal Abu Hassan dan Muhd. Syazwan Azhar.

Kejayaan ini adalah hasil daripada para peserta yang terdiri daripada Wan Muhd Idham Wan Mahdi selaku ketua bagi Tingkatan 4 yang dibantu oleh Mohd Safuan Zulkifli, Muhd Hakimi Idris, Nadia Nazari dan Ahmad Zaim Hamzah.

Atas kejayaan ini, mereka seterusnya akan mewakili negara ke Geneva bagi pertandingan yang sama di peringkat antarabangsa.